HARI : RABU
TARIKH : 1 OKTOBER 2025
TEMPAT : SK LAHAR YOOI
PROGRAM : KEM UNIT BERUNIFORM ( PERTOLONGAN CEMAS PERINGKAT DAERAH)
Alhamdulillah,hari ini 5 orang wakil murid bersama guru pengiring telah menyertai Kem Badan Beruniform Pertolongan Cemas. Program ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada murid tentang langkah-langkah asas memberi bantuan awal ketika berlaku kecemasan. Semoga ilmu yang diperoleh hari ini dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian serta menambah keyakinan murid untuk membantu orang lain. Terima kasih kepada semua yang terlibat.
Melalui aktiviti ini, murid dapat mempelajari cara:
- Mengendalikan luka dan balutan
- Memberi bantuan kepada rakan yang pengsan atau cedera
- Mengetahui kepentingan bertenang ketika kecemasan






